Our Balance system

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارک وسلم


emm...membaca fakta daripada buku yg mengatakan bhw our body balancing coordination consists of 3 parts, which are vision, proprioreception and vestibular organ. if one of those system disagrees with others, a person will experienced motion sickness...


Membaca penyataan di atas, antar perkara yg bermain di fikiran adalah...jiwa manusia juga begitu. manusia diciptakan mempunyai akal, rohani dan hati. uniknya manusia adalah kerana diciptakan hati mereka utk mencintai kebaikan. fenomena 'manusia gila' terjadi apabila kecintaan hati kepada kebaikan tidak dipersetujui dgn input yg diterima oleh akal dan rohani.
jika akal sering kali dihujani dgn permikiran negatif atau quoting from prof Muhaya "toxic thinking", jika rohani tidak berpaksikan akidah yang satu: beriman kepada AR-RAHMAN AR-RAHIM, apakah agaknya yg akan terjadi kepada hati? Diselaputi dgn titik2 hitam,  maka lahirlah akhlak yg tidak serasi dgn fitrah diri, jadilah 'manusia gila'.
Peringatan utk diri sendiri yang acap kali lupa:
Akal: siramilah ia dgn pembacaan yang positif, majlis ilmu yang dapat mencakna akal yang sihat
Rohani: didiklah diri utk sentiasa yakin dgn RABB Yg SATU, berpaksikan TUHAN yang menciptakan segala-galanya. ZIKRULLAH
Hati: Tazkiyatun-Nafs...semaikan dalam diri sifat sukakan akhlak2 terpuji, lakukan ia. bukan Hipokrit! tapi supaya hasil daripada latihan2 itu, sifat tersebut akan menjadi sebati dalam diri. Tanamkan kecintaan kepada ALLAH, RASUL, AS-SOLIHIN agar hati berasa tenang.


Sollu 'Ala-Nabiyyi!

Comments

Popular Posts