Siri 1: Marathon...?Ummah
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارک وسلم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارک وسلم
Muslim
awareness workshop (rohingnya dan selatan thai)àconference on volunteerismà forum : doctor professional,
layakkah kita?
Bagaikan
melakukan ‘marathon’, menghadiri ketiga-tiga program ini, bermula daripada
mencakna isu semasa yang berlaku di Burma dan Selatan Thai, berkongsi idea
tentang kerja-kerja sukarelawan, dan berakhir dengan isu yang saya amat minati,
iaitu berkenaan profession saya sebagai seorang doktor (iA, in 2-3 more years) ; they were
life-time experienced. Tidak tahu bagaimana untuk mengarang tetapi setelah
didesak oleh rakan-rakan untuk berkongsi, inilah yang termampu untuk
dikeluarkan. Quoting from Kak Azizah, graduasi UIA 2012 yang juga
merupakan pelajar terbaik Kampus Kuantan, “ilmu itu harus dikongsi..:).”Jadi,
lembaran ini merupakan sedikit pencerahan daripada mereka yang saya sangat
hormati kerana keBESARan JIWA mereka.
Muslim
Awareness Workshop: Rohingya dan Selatan Thai
Diberikan
oleh Bro Adli Zakuan, graduasi UIAM dalam bidang perguaman. Muda lagi, baru
berumur 24 tahun, tetapi sudah meletakkan isu Rohingya sebagai misi hidupnya. (Bumi
Arakan mungkin adalah rumah keduanya). Activist ABIM sepenuh masa. Ramai
yang mempertikaikan mengapa sanggup meninggalkan kerja-kerja guaman yang
mencecah elaun sebanyak ~RM 10K sebulan, jawabnya “ini adalah panggilan untuk
ummah J”.
Isu
Rohingya.
Perlu
dijelaskan, Rohingya adalah nama sebuah bangsa, bukan tempat J, dan isu Rohingya bukanlah isu
kemanusiaan semata-mata, tapi merupakan isu ummah kerana bangsa Rohingya, hampir
100% merupakan penganut agama Islam.
Apa yang
berlaku ke atas Rohingya adalah tidak lain adalah satu gerakan penghapusan
etnik yang amat terancang. Bermula dengan rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win
pada tahun 1962,penindasan ke atas Muslim Rohingya dan Muslim Burma seolah-olah
diberikan green light. Solusi terbaru kerajaan Burma yang membenarkan
bangsa Rohingya untuk memohon kerakyatan andai kata dapat membuktikan mereka
adalah warga Burma adalah hanya untuk mengaburi mata dunia. Mana tidaknya, pada
tahun 1982, kesemua dokumen yang berkaitan susur-galur keluarga mereka telah
dirampas oleh kerajaan dengan alas an ingin memperbaharui dokumen
kewarganegaraan. Malangnya, yang diberikan mereka semula hanyalah sehelai
kertas putih yang tidak mempunyai apa-apa nilai d sisi undang-undang. Tidak ada
bukti yang dapat membuktikan mereka adalah penduduk asal Burma walaupun dalam
Suruhanjaya Siasatan Khas British 1938 termaktub bahawa mereka merupakan
warganegara Burma…Again, history is His Story.
Seperti
yang telah disebut, ini adalah gerakan penghapusan etnik yang terancang.
Insiden ini bukanlah pertama kali berlaku. Daripada Bro Adli, hanya insiden
kecil sahaja boleh mencetuskan gerakan pengahapusan Muslim Rohingya. Contohya,
beberapa waktu sebelum ini , hanya kerana seorang Muslim Rohingya berlanggar
bahu dengan Buddha Rakhine telah menyebabkan beratus-ratus bangsa Rohingya
terkorban. Isu kali ini lebih panas, dilaporkan lelaki muslim Rohingya ‘melakukan
sesuatu’ kepada seorang wanita Rakhine. Namun dari laporan perubatan dan dari
kaca mata seorang peguam, tiada langsung circumstantial evidences yang
menunjukkan wanita tersebut pernah dilakukan sebegitu…aneh?
Apa yang
dunia mampu lakukan…? Sebagai sebuah kerajaan yang terikat dengan perjanjian
ASEAN, tidak banyak yang kerajaa Malaysia mampu dilakukan. NGO? Mahasiswa?
Muslim? Diri sendiri?
Selatan
Thai.
Disampaikan
oleh Bro Muiz, dalam bengkel kali ini, tidak banyak yang dibincangkan
berkenaan dengan isu selatan thai. Walau bagaimanapun, sekali lagi, isu selatan
thai merupakan isu ummah. Daripada pengalaman Bro Ukasyah yang sudah hampir
tiga kali melawat daerah ini, daerah ini adalah daerah yang tenang. Penduduknya
langsung tidak memegang sebarang senjata. Berlainan dengan apa yang dilaporkan
tentera Thailand dan media, yang mengatakan selatan thai adalah daerah
pengganas, lalu terpaksa dikenakan perintah darurat. Padahal, beberapa inisiden
sebelum ini yang dikaitkan dengan pengganas selatan Thailand menunjukkan
bukti-bukti bahawa insiden itu bukan daripada mereka….jadi daripada..?
Isu di selatan Thailand ini lebih tertumpu
kepada isu pendidikan dan agama Islam dimana kerajaan Thailand menyekat pembelajaran khususnya agama Islam
dalam bahasa Melayu atau Arab. Harus diajar dalam bahasa Siam…jadi bagaimana? Apabila
ditekan dari isu pendidikan, maka untuk membangunkan penduduk-penduduk di situ
menjadi sukar. Teringat sebuah hadith yang bunyinya seperti ini, “Siapa yang
mahukan dunia,hendaklah dia berilmu; siapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia
berilmu; dan sesiapa yang mahukan keduanya haruslah mempunyai ilmu.” Jadi,
tanpa ilmu, penduduk di selatan Thailand ini boleh diperkotak-katikkan sesuka
hati.
Sekali lagi,
apakah yang boleh dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di sana?


Comments
Post a Comment