Siri 2: Marathon....? Ummah



بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارک وسلم 


Conference on Volunteerism

Sepanjang berada dalam Dewan Belajar Kuliyah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM Kuantan, mendengar pengalaman-pengalaman daripada speakers, cukup untuk menegakkan bulu roma yang ada. Tidak mampu untuk menulis semua yang dibicarakan, tapi mungkin boleh berkongsi sedikit sebanyak words of wisdom from those speakers…sebagai penaik semangat barangkali?

Madam Martinelli Hashim, (kata-kata beliau seperti ini):

Gelaran mahasiswa bukan sekadar gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir, mereka dapat berbicara bahasa ummah”

"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuinya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"

“Lemahnya ummah kini kerana kurangnya daya tahan diri. Kurang resilia (resilience). Kurang reslia kerana kurangnya kefahaman dalam agama.”

“Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak masa.”

Menariknya, ditanya kepada Madam tentang kehidupan berkeluarga. Jawapan beliau, “Harus mencari pasangan yang memahami apa yang kita lakukan. Saya sendiri berkira-kira untuk berkahwin kerana risau penglibatan saya dalam bidang-bidang sukarelawan akan tersekat. Tetapi, Alhmadulillah, suami memahami dan anak-anak juga menyokong. Jadi, carilah teman yang memahami.”

Dr Samsul Draman (kata-kata beliau berbunyi seperti ini):

“Tujuan diberikan pencerahan tentang LGBT ini adalah supaya apabila saya tiada, kamu yang berada di sini dapat menggerakkan (saya terfikir, Dr Samsul adalah golongan ‘tua’ yang berjiwa ‘muda’, bersemangat sentiasa, tapi lainnya golongan ‘muda’ kebanyakannya berjiwa ‘tua’...mungkin saya adalah salah satu daripada golongan tersebut...).”

Jangan memandang hina golongan-golongan ini kerana mereka ini apabila berdoa, mereka memang terasa diri mereka hina di hadapan Allah, berlainan dengan sesetengah daripada kita yang berdoa dengan rasa bangga diri kerana akhlak kita...agak-agaknya doa mana yang akan dimakbulkan oleh Allah?”

“Banyak lagi golongan yang memerlukan bantuan kita. Bergerak dalam jama’ah supaya gerakan lebih teratur dan keselamatan kita terjamin.  Keluar dan cari jalan untuk membantu ummah.

Dr Zaffrey (mungkin seperti ini kata-kata beliau):

(Yang paling saya sukai) “Hikmah As –Syukh fi Hamasati Syabab: Kebijaksanaan orang tua dalam diri orang muda.” Ulasan:  Anak muda kena jadi muda, dan mempunyai akal fikiran yang bijak dalam menggerakkan sebarang kerja.

Being a medical students, we are always receiving from community. Tujuan ditubuhkan gerakan kemasyarakatan ini adalah supaya pelajar-pelajar medik tidak hanya memikirkan tentang diri sendiri, confine in world of books and diseases, rather  keluar dari bilik atau mahalallah atau library, melihat ummah yang memerlukan kita.” (Menjadi pelajar tahun pertama medik, memang belajar merupakan satu-satunya tujuan pada waktu itu, berlainan dengan Abang Jep yang telah memikirkan tentang ummah pada waktu itu...hmm, komen?)

“Volunteerism is not confine to field-work, being a doctor, you are also volunteering your service to community. Do not segregate kerja-kerja doktor daripada kerja-kerja sukarelawan.”

“We are green leaf, still functioning and have many roles...do it now!”

Try to implement these five things:
1.Idealism
2. Intellectualism
3. Activism
4. Spiritualism
5. Teamwork

Dr Safwan (seperti inilah apa yang ditekankan):

Mengulas Surah Kahfi ayat 13-15:
1.       Anak muda kena jadi muda
2.       Anak muda mestilah berani
3.       Tanamkan jiwa Ashabul-Kahfi
4.       Bacalah tarbiyatul-aulad (holiday works)

bersambung iA

Comments

Popular Posts