Tutup @ buka?
Salam.
Agak lama tak berblog...sibuk dengan tugas-tugasan, tapi Alhamdulillah, semuanya dapat dilaksanakan...memang benar kata Imam Hassan Al-Banna,"tanggungjawab lebih banyak dari masa yang diperlukan". Kadang2 diri pun tertanya-tanya, "betulke dah lakukan semua tanggungjawab?".Hm....
Tapi kali ni saya bukan nak berblog mengenai tanggungjawab atau peranan kita sebagai muslim, tapi sekadar hendak berkongsi pengalaman saya ke bandar beberapa hari lepas.
One day...
Sahabat2 saya mengajak ke bandar.'ok jugak, dah lame tak keluar, lagipunboleh lawat kawan kat hospital'.
Jadi setelah ke hospital, kami pun ke pusat beli-belah, biasalah, cuci mata, tapi bukan dengan tengok perkara2 yang tak senonoh, tapi dengan meliarkan mata mencari barang2 yang hendak dibeli. kebetulan pada hari itu saya berniat hendak membeli bagpack,sebabnye bagpack saya dah hancus (terlebih digunakan)...
Tutup@buka?
Sedang berjalan-jalan sekitar dewan legar shopping complex tersebut, saya terpandang sebuah booth 'tudung'.
'wah, hebat!ini boleh tutup aurat ke?', itulah yang terpacul dari hati saya tapi tak disuarakan...em, agak sedih jugak sebab tak punyai kekuatan berbuat demikian.
macam2 fesyen boleh didapati, ada yang 'lilit kepala', ada yang 'berekor', ada yang tak 'cukup' untuk tutup dan ada yang 'nampak semuanya'. alangkah ruginya saya fikir kerana para pembeli terperangkap dengan fesyen yang seakan-akan islamik tapi sebenarnya jahiliah! terlihat 'tudung2' tersebut, sebuah hadith terlintas dalam memori:
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
bukanlah niat saya untuk mengutuk atau mencerca golongan yang membeli 'tudung2' tersebut, tapi hanyalah untuk mengajak kite semua berfikir kembali....apakah tujuan kita bertudung? Ya,betul!untuk menutup mahkota dan harta yang sangat bernilai bagi wanita, bukanlah untuk berfesyen. Kita bertudung untuk menjaga kehormatan diri kita, bukan kerana ingin menggoda.
memang tidak dinafikan, berfesyen tak salah dalam Islam,tapi haruslah seiring dengan garisan yang telah diberikan ALLAH. Kita berfesyen sebab nak cantik, tapi IKHLAS adalah fesyen yang PALING MENAWAN!
Kadang2 memang terasa diri nilah yang paling cantik; kerana pakaian sekian sekian. tapi harus diingat, ALLAH MAHA CANTIK, dan mereka yang takabbur itu tidak akan dikira amalannya.
buanglah segera sifat takabbur itu kerana sifat itulah yang menyebabkan iblis diusir keluar dari syurga; jadi, sudah tentu kita tak nak diusir dari syurga kan?
-Sekadar perkongsian.
Wallahu'alam. Segala kekhilafan minta diampunkan, setiap kesalahan harap diperbetulkan.
'Biar tersalah ampun, jangan tersilap hukum'~ Laksamana Sunan @ Saifuddin.

Comments
Post a Comment